Friday, March 16, 2007

17 march 2007


Hari ini ia-ia la aku bangul begitu awal dalam kul 3 pagi, plan nak balik kampung, tapi bila laki aku balik kerja dia macam-macam la bagi alasan, konon tak nak balik kampung, anak la jadi alasan no satu, nanti dia tak sihat la.. apa la.. bosan betul aku dibuatnya, kalau la aku tau dari awal-awal lagi tak jadi balik kampung, baik aku datang ke office, dekat office aku banyak kerja aku melambak, penat jer aku plen semuannya, tapi jadinnya hampeh.

Nie aku tengah memikir apa la yang akan aku nak buat hari ini, kalau aku pergi jalan or merayap.. sure poket aku habis. dah la segala isi poket aku guna keperluan biasa, tak ada pun satu untuk diri sendiri. tgklah plan kejap alagi aku nak keluar, tapi tak tau lagi nak p mana. segala tempat yang aku nak pergi nie kena guna isi poket yang banyak. maksud aku isi poket ini pilus lah.. duit... he,,he,, .

Hari ini ada dua orang kawan aku melangsungkan perkahwinan, Tahniah.. selamat melalaui liku-liku yang aku pernah alami, yang pernah aku rasa. Teringat pulak masa aku zaman mula-mula kawain dulu.. hihi.. semuannya ok.. tapi bila dah lama .. baru la pecah tembelang.. his,, dah nasip badan nak buat macam mana, tengok jer la.. setakat mana aku boleh tahan, kalau nak diikutkan hati aku agaknya memang dah lama aku bela..

Tapi biasa la semuanya tu kena sabar, pucuk pangkal tu hati. Aku sebenarnya tak berniat pun nak bercerita tentang bender nie. tapi apa boleh buat, tengah kebosanan tahap gaban nie aku terpaksa la melayan perasaan aku sendiri.

mmm.. nak kemana yek hari nie.. kepala aku nie memusing terpinar-pinar tengah fikit.. kalau nak diikutkan hati aku nie.. macam aku nak pergi ke office.. tapi tu la dah pun waktu lunch time. Lagipun dah tercakap dengan kawan-kawan dekat office aku nak balik kampung hari ini.. his.. tak der idea betul la kepala otak aku nie... tapi jari aku nie laju jer menaip dekat kibot nie.. hihi.. macam la aku nie terror sangat menaip.. walhal macam ayam patuk jagung juga..


Tetiba jer aku terpikir aku nak pergi ke Giant, sebab hari ini RHB open.. tapi tu la.. apa pun aku kena menyingah ke office dulu,, nak ambik buku bank. Bab citer buku bank nie .. tau tak kenapa aku tinggal buku aku dekat office.. ha.. panjang ceritannya tau... salah satunnya aku tak nak laki aku tau yang aku ada simpan duit, kalau tidak hampeh nanti dia akan korek.. dan kenen-kenan nak meminjam.. malas aku nak layan krenah dia.. dari dulu sampai la ke sekarang sama jer perangai dia..



Nie tanduk aku dah mula kuar nie.. he..he.. nak pergi merayap.. dan tengah mencari geng aku.. rasannya kalau call su.. mesti dia ok jer nie.. tapi semalam tak silap aku dia kata dia nak keja.. peh!!!! kerja juga dia... aku pun macam nak kerja la.. lagipun bulan ini aku tak ada OT langsunag.. apa taknya aku asik balik awal jer memenjang.. tengok la.. nanti aku try pokir sepuluh kali.. atau dua puluh kalinya.. hihi..


Nak makan pun dah rasa tak selera tau.. nak ikutkan aku macam nak cabut balik sendiri jer tau.. nasip baika anak aku tak nak balik.. kalau taidak aku dah balik.. dan mungkin esok aku baru balik ke sini.. tak apa la .. esok baru aku siap-siapkan segala persiapan untuk si akim sekolah..


Nasip baik la sekarang dia mengaji sudah tukar waktu petang , dan tukar tempat sekali... tak la aku tergesa-gesa balik kerja nak hantar dia pergi mengaji.. satu dah lepas.. ada lagi yang tak lepas.. his.. macam-macam betul la aku nie.. apa nak buat.. layan jer la..

Monday, February 26, 2007

TERMENUNG SENDIRIAN

Termenung aku sendirian, memikirkan apa yang suamiku katakan. ''Balik Kampung''. Aku seakan tidak berapa yakin akan diri ku, dan membuatkan masa depan ku begitu kabur. Begitu sukar untuk ku menerima dan memberi jawapan yang pantas, lantas segalanya akan ku fikirkan dan kemudian akan ku berikan Jawapan.
Bukannya senang untuk ku menjajaki dan menapakan diri di kampung halaman suamiku, tambahan pula dia menyambung perniagaan keluarga. Aku takut.. Aku takut.. apa kata adik beradik suami, ipar duai ku.. aku belum lagi bersedia untuk menerima hakikat ini. Berat mata memandang, berat lagi bahuku yang memikul.
Aku yang sebelum ini jarang menjejakan kaki ku di kampung halaman suami ku, inikah pula untuk menetap tinggal lama di sana.
Mengapakah Keluarga ku yang harus meneruskan perniagaan orang tua suami ku?? sedangkan adik beradik suami ku bukannya sedikit, tetapi ramai, dua kali ganda dari bilangan adik beradik ku. Sehingga kini aku belum dapat lagi memberi jawapan yang sebenarnya. semoga esok aku mendapat petujuk yang adil buat kami dan keluarga.

Saturday, February 10, 2007

Cocklet Cake









RESIPI

300gm gula
300gm butter
320gm tepung gandum
5 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikabinat
1 sudu besar cocklet emalco
1sudu teh perasa coklet

Crara-cara :

  1. Pukul butter dengan gula hingga kembang.
  2. Masukan telur satu persatu dan pukul hingga kembang.
  3. Kemudian masukan cocklet emalco dan perasa coklet dan mixer
  4. Tepung + baking powder + soda bicabonat di ayak bersama
  5. kemudian masukan dalam bahan yang telah diputar tadi ( gaulkan sahaja )
  6. Bakar pada suhu 180'C selama 45 minit.

Selamat Mencuba

MUKHADIMAH



Kehidupan di dunia sebagai pinjaman dan untuk membuat amalan sebagai bekalan untuk hari kematian dan alam akhirat. Kehidupan ini juga penuh dengan pelbagai pancaroba yang perlu diharumi, tak kira mengenal usia, bangsa dan sebagainya.


Kekuatan dan ketabahan berjalan seiring untuk mengharui dan meneruskan kehidupan di masa akan datang.